Back Next

Imam Ja'far al-Sadiq a.s: Beritahuku, wahai maulaaya, tentang kelahiran para wasi (miilaad al-Ausiyaa'), maka al-Sadiq a.s berkata: Ibu-ibu para wasi adalah tempat menyimpan rahsia (ummahaat al-Ausiyaa' mustaudi'a sirrin) dan perkara yang mulia daripada Allah (wa amrun jaliilun mina llahi). Keajaiban yang pertama bahawa ibu-ibu para wasi adalah lelaki bukan perempuan (inna umahaat al-Ausiyaa' zukuurun laa inaathan). Aku berkata: Wahai maulaaya, subhaana llah bagaimana begitu? Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya mereka adalah malaikat di dalam bentuk wanita, kemudian beliau a.s membaca Surah al-Zukhruf (43): 19 "Dan mereka menjadikan malaikat-malaikat itu hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah sebagai orang-orang perempuan. Apakah mereka menyaksikan penciptaan malaikat-malaikat itu? Kelak akan ditulis persaksian mereka dan mereka akan meminta pertanggungjawaban" Adakah anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, siapakah yang dimaksudkan dengannya? Aku berkata: Tidak, wahai maulaaya. Beliau a.s berkata: Dimaksudkan dengannya adalah Fatimah Adakah anda mengetahui siapakah Fatimah, wahai Mufadhdhal? Aku berkata: Maulaaya sahaja yang mengetahuinya, maka beliau a.s berkata: Anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya aku telah mengutamakan anda dengan soalan-soalan anda daripada orang lain, dan aku telah memberi isyarat kepada anda tentang ibu kami Fatimah (wa ramaz-tu laka bi-tarafi waalidati-na Fatimah, maka al-Mufadhdhal berkata: Segala puji bagi Allah yang telah kurniakan ke atasku tentang perkara ini dan bersyukur di atas semua nikmat-Nya zahir dan batin. Kemudian al-Sadiq a.s berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya orang ramai menyangka sebagaimana aku telah memberitahukan anda bahawa ibu-ibu para wasi melahirkan anak. Tidakkah anda telah membaca Surah al-Balad (90):4 "wa waalidin wa maa walada (Demi bapa dan apa yang diperanakkan)"? wahai Mufadhdhal, sesungguhnya ayat ini ada makna batinnya, adakah anda melihat [di dalam ayat itu] bapa dan anak (a taraa-hu waalidan wa mauluudan) atau bapa tanpa anak (waalid wa laa mauluud) dan bagaimana dia menjadi mauluudan (diperanakkan) sedangkan Allah berfirman: Maa walada (dia tidak beranak)? Aku berkata: Wahai maulaaya, ayat ini adakah khusus untuk para wasi sahaja atau untuk semua manusia? Al-Sadiq a.s berkata: Ayat ini untuk para wasi secara khusus sebagaimana aku menceritakannya kepada anda (al-Mufadhdhal Bin 'Umar al-Ja'fi, kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 76-77).
21. Diperanakkan dengan cara yang tersendiri. Imam Ja'far al-Sadiq a.s berkata: Allah menjadikan badan-badan para wasi atau para nabi sebagai tempat untuk para malaikat (inna llaha ansya'a abdaan al-Ausiyaa' afkhaadhan ilaa al-Mala'ikati) sehingga mereka sampai masa tertentu, ini berserta kesucian malaikat. Apabila Allah mahu menzahirkan seorang imam pada zahir bagi memberi pengajaran kepada makhluk ini, Dia mengutus roh dari sisi-Nya, lalu ia memasuki bayi (al-Mauluud) yang kadang-kadang bersih daripada kekotoran, dilahirkan [secara aneh] tanpa melalui rahim wanita, kerana kemasukan roh padanya untuk mendidik umat manusia dan menzahirkan kebenaran. Lantaran itu, kelahiran seorang imam dan kematiannya bukanlah satu kelahiran dan bukanlah pula satu kematian. Ia adalah seperti seorang lelaki yang memakai baju dan mencabutnya apabila dia kehendaki (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm.77-78). Begitu juga dengan keghaiban seorang imam dari satu alam, maka dia berada di alam yang lain pula.
22. Ini bererti khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman sebelumnya tidak boleh dibandingkan dengannya. Apatah lagi mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Imam Ali a.s berkata: "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan Rasulullah s.a.w dengan mengubah sunnah-sunnahnya. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syiahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w. Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt). Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam sembahyang jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa sembahyang, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan sembahyang kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan sembahyang jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali sembahyang-sembahyang fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa sembahyang sunat berjama'ah (Taraawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan sembahyang-sembahyang sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a'immah dhalalah wa al-Du'ati ila al-Nar). Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 "Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.". Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 "Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya" bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya. ia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa" Lihat Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985, viii, hlm. 51-51, hadis no.21.
23. Imam Ali a.s pada masa itu adalah Nuh. Lantaran itu, Imam Ja'far a.s berkata: Di kalangan kami adalah rasul-rasul daripada Allah kepada makhluk-Nya selama makhluk itu berhajat kepada kami. Apabila mereka tidak berhajat lagi kepada kami, maka Allah mengangkat kami kepada-Nya sehingga Dia menciptakan makhluk yang lain, maka kamilah orang yang pertama diutuskan kepada mereka, memberi petunjuk kepada mereka dan menjadi hujah-hujah ke atas mereka.
24. Imam Ali a.s pada masa itu adalah Ibrahim. Dan Imam al-Husain adalah Ismail dan Imam al-Hasan adalah Ishaq a.s
25. Dengan bermacam-macam nama mengikut kehendak Allah.
26. Para Imam a.s telah dijadikan daripada satu cahaya, kemudian dibahagi-bahagikan cahaya tersebut. Mereka adalah manusia berjiwa malaikat.
27. Mereka adalah satu.
28. Para Imam Dua Belas a.s adalah di bawah kenabian Muhammad s.a.w. Oleh itu, setiap kelebihan yang ada pada mereka, maka Nabi Muhammad s.a.w adalah melebihi kelebihan mereka di semua peringkat.
29. "Tiinah para imam dan tiinah mukmin" Imam al-Baqir a.s berkata: Allah telah menciptakan tanah yang baik, kemudian Dia memancarkan air yang tawar sedap padanya, lalu Dia membentangkan ke atasnya wilayah kami Ahlu l-Bait, maka ia menerimanya. Dia memasukkan air ke atasnya selama tujuh hari sehingga ia meresapi kedalamnya, lalu Dia mengambil tanah (tiinah) yang bersih daripadanya, kemudian Dia menjadikannya tanah para imam. Kemudian Dia membasuh tanah itu, lalu Dia menciptakan daripadanya Syiah kami dan pencinta-pencinta kami. Jika ditinggalkan tanah kamu, wahai Ibrahim, seperti tanah kami, nescaya kamu dan kami adalah sama (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 147)
30. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 344 "penciptaan Syiah" Imam Ali a.s berkata: Sesungguhnya Syiah kita adalah dari tanah yang tersimpan (tiinah makhdhunah) sebelum Allah mencipta Adam dua ribu tahun (qabla an yakhluqa Adam bi-alfai 'am), ia tidak dipisahkan oleh perkara yang ganjil (la yasyudhdh min-ha syadhdhun), dan tidak dimasuki padanya oleh sesuatu (wala yadkhulu fi-ha dakhilun), sesungguhnya aku mengenali mereka ketika aku melihat mereka (wa inni la-a'rifu-hum hina anzuru ilai-him).
31. Hari Kiamat.
32. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 236-7, hadis no. 255.
33. Menerima Ali a.s sebagai pengganti Rasulullah s.a.w yang dinaskan.
34. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm.277. "Wilayah Ali a.s" Imam Ja'afar al-Sadiq a.s berkata: Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan dengan khudhu' kepada Ali a.s, kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak "melihat" Allah melainkan dengan mentaati kami.

35. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm 162-163.
36. Sesiapa yang menaikinya berjaya dan sesiapa yang meninggalkannya akan binasa.
37. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 363, hadis no. 514.
38. Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm.163.
39. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm.163-166.
40. Rasulullah s.a.w bersabda: Akulah bandar ilmu, maka Ali adalah pintunya" (Al-Hakim al-Nisaburi, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, ii, hlm. 377, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- 'Ummaal, v, hlm. 30.
41. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 251.
42. Surah al-Tahrim (66):4.
43. Surah al-Maa'idah (5): 55.
44. Surah al-Insaan(76):1
45. Pengertiannya adalah di sisi Allah.
46. "Abu Bakr telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w selepas kematiannya". Daripada Muhammad bin Hammad daripada Abu Ali daripada Ahmad bin Musa daripada Ziad bin al-Mundhir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr di sebahagian jalan di Madinah, dan berkata kepadanya: Anda telah melakukan kezaliman (zalam-ta wa fa'al-ta). Abu Bakr berkata: Siapakah yang mengetahuinya? Beliau a.s berkata: Rasulullah s.a.w mengetahuinya. Abu Bakr berkata: Apakah hubunganku dengan rasul sehingga dia mengetahui keadaanku sedemikian. Jika beliau s.a.w. mendatangi aku di dalam tidurku dan memberitahuku keadaan itu, maka aku boleh mengakuinya. Beliau a.s. berkata: Aku akan membawa anda (udkhilu-ka) kepada Rasulullah s.a.w. Maka beliau membawanya ke dalam masjid Quba', tiba-tiba Rasulullah s.a.w berada di masjid Quba' dan berkata kepadanya: Jauhilah dari menzalimi Amir al-Mukminin. Beliau berkata: Maka beliau telah keluar dari sisinya, lalu beliau (Abu Bakr) bertemu dengan Umar dan memberitahu kepadanya perkara tersebut. Maka 'Umar berkata kepada Abu Bakr: Diam, tidakkah anda telah mengetahui sejak lama dahulu tentang sihir Bani Hasyim bin Abd al-Muttalib? (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 304-5)
47. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm. 165-166).
48 Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 345. "Pertambahan ilmu" Musa bin Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya Ja'far bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa bin Abdullah al-Asy'ari, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami hamba Abu Abdullah a.s, daripada bapanya Sulaiman, berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah mendengar anda berkata bukan sekali: Jika ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, beliau berkata: Adapun tentang halal dan haram, maka sesungguhnya Allah telah menerangkannya kepada Nabi-Nya dengan sempurna. Justeru seorang imam tidak ditambah ilmunya tentang halal, dan haram.
49. Sulaim Bin Qais, Kitab Sulaim, hlm. 72.
50. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 342-3
51. Rasulullah s.a.w bersabda: Hanya orang yang ditulis namanya oleh Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat" (Ibn Hajar al-Makki, al-Sawaa'iq al-Muhriqah, hlm. 78)
52. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 359-60 "Haud Kauthar". Al-Hasan bin Ahmad bin Salmah al-Lu'lu', daripada al-Hasan bin Ali bin Baqqah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s tentang al-Haudh, maka beliau berkata kepadaku: Ia adalah Haudh di antara penglihatanku kepada San'a' (haudh ma baina basari ila San'a'), adakah anda suka melihatnya? Aku berkata kepadanya: Ya, beliau berkata: Maka beliau telah mengambil tangan aku dan mengeluarkan aku di luar Madinah, kemudian beliau menendang tanah dengan kakinya (fa-dharaba bi-rijli-hi), maka aku telah melihat kepada sungai yang sedang berlari di sudutnya air putih, dan susu daripada salji. Di tengahnya khamr (arak) yang lebih baik daripada permata nilam, aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripada khamr di antara susu dan air, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah ia keluar dan di manakah tempat berlarinya air? Beliau berkata: Mata-mata air ini telah disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah sungai-sungai di Syurga, mata air daripada air, mata air daripada susu, mata air daripada khamr mengalir di sungai ini dan aku telah melihat di kedua-dua tepinya pohon-pohon padanya hamba-hamba perempuan (jawar) yang berjuntai dengan kepala-kepala mereka. Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripadanya, di tangan-tangan mereka bejana-bejana yang aku tidak pernah melihat secantik itu, bukan daripada bejana-bejana dunia. Maka beliau telah menghampiri salah seorang daripada mereka dan memberi isyarat kepadanya dengan tangannya supaya ia memberikan air kepadanya, maka aku melihat kepadanya, lalu ia condong ke hadapan untuk mencedok air dari sungai. Maka pohon itu condong ke hadapan, lalu ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (nawalat-hu fa-nawala-ni fa-syarab-tu), kemudian beliau memberinya kepadaku, lalu aku meminumnya. Kemudian beliau mengambilnya dan memberi isyarat kepadanya, maka pohon itu condong bersamanya (fa-malat al-Syajaratu ma'a-ha), lantas ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (Abu Abdullah a.s) dan beliau pula memberikannya kepada aku, maka aku meminumnya. Aku tidak pernah melihat minuman yang lebih lembut, dan lebih lazat daripadanya. Bauannya adalah mewangikan. Aku telah melihat kepada gelasnya, maka aku mendapati tiga warna di dalam minuman itu, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tidak pernah melihat perkara sebegini, maka beliau berkata: Ini adalah perkara yang paling sedikit yang disediakan oleh Allah kepada syiah kita (hadha min aqalli ma a'ada-hu l-Lahu li-syi'ati-na). Sesungguhnya mukmin apabila mati, maka rohnya akan sampai ke sungai ini, berehat di taman-tamannya, meminum airnya. Sementara musuh kita apabila mati, maka rohnya akan sampai ke lembah Barhut (wa inna 'aduwwana idha tuwaffia sarat ruhu-hu ila wadi barhut) dan dikekalkan azabnya, diberi makan zaqum, diberi minum air api neraka (hamim), maka pohonlah perlindungan dengan Allah dari dihantar ke lembah tersebut.
53. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm.191, hadis. No. 167.
54. "al-Qaim, al-Saffah dan al-Muntasir" 'Umar bin Thabit daripada Jabir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Demi Allah, seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait selepas kematiannya tiga ratus sembilan tahun, beliau berkata: Maka aku berkata: Bilakah ia akan berlaku? Beliau berkata: Maka beliau berkata: Selepas kematian al-Qaim. Aku telah berkata kepadanya: Berapa lama al-Qaim akan berada di dunianya sehingga beliau mati? Beliau berkata: Maka beliau berkata: Sembilan belas tahun dari hari pertamanya sehingga hari kematiannya, aku berkata: Adakah selepas kematiannya akan berlaku huru-hara? Beliau berkata: Ya, selama lima puluh tahun. Kemudian al-Muntasir akan keluar ke dunia menuntut darahnya dan darah para sahabatnya, maka beliau membunuh dan mengambil tawanan sehingga dikatakan kepadanya: Jika inilah dari zuriat para nabi, nescaya beliau tidak membunuh orang ramai seperti pembunuhan ini, orang ramai sama ada yang putih atau yang hitam mereka akan berkumpul kepadanya sehingga mereka membuatnya berlindung kepada Ka'bah dan apabila bala berlaku kepadanya, maka al-Muntasir dibunuh, kemudian al-Saffah keluar ke dunia di dalam keadaan marah, kerana pembunuhan al-Muntasir, maka beliau akan membunuh setiap musuh kami, adakah anda mengetahui siapakah al-Muntasir dan al-Saffah wahai Jabir? Al-Muntasir adalah al-Husain bin Ali dan al-Saffah adalah Ali bin Abu Talib a.s (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 285)
55. Sembahyang yang dilakukan tanpa mengakui wilayah Imam Dua Belas a.s tidak akan diterima. Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Yang telah Mengutus aku dengan kenabian, sekiranya seorang lelaki berjumpa dengan Allah (mati) bersama amalan tujuh puluh para nabi, kemudian dia tidak mengakui wilayah kami Ahlu l-Balt, maka Allah tidak akan menerima amal ibadatnya itu.
56. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 258, hadis no. 306.
57. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 342.
58. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 236 "Malaikat dan Imam Ali a.s" Daripada Abdullah bin Muhammad al-'Abasi berkata: Ahmad bin Salmah telah memberitahu aku daripada al-A'masy daripada Ziad bin Wahab daripada Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku telah mendatangi Fatimah a.s, maka aku berkata kepadanya: Di manakah suami anda? Beliau berkata: Jibrail a.s telah naik ke langit bersama-samanya. Aku berkata: Kenapa? Beliau berkata: Beberapa malaikat telah berselisih faham tentang sesuatu, maka mereka telah bertanya hukum daripada manusia, maka Allah telah mewahyukan kepada mereka supaya membuat pilihan. Lantas mereka memilih Ali bin Abu Talib a.s.
59. Al-Hakim al-Nisaburi, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, ii, hlm. 377.
60. Imam Ali a.s juga berkata: Akulah Khidir guru Musa.
61. Pada zahirnya seperti manusia biasa sebagai ujian kepada manusia. Oleh itu, beliau a.s berkata: Akulah seorang hamba dan seorang makhluk.
62. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 282, hadis no. 366.
63. Batin Ka'bah.
64. Dari segi pahala mencintainya seperti pahala membaca Surah al-Fatihah.
65. Surah al-Kahfi (18): 31.
66. Rasulullah s.a.w dan tiga belas orang Ahlu l-Baitnya adalah cahaya Allah yang tidak dapat dipadamkan.
67. "Busur panah" Umar telah memberitahu kepada Salman al-Farisi tentang busur panah Ali a.s. dan berkata: Ali telah mencampakkan busur panahnya ke tanah, maka ia bertukar menjadi seekor ular yang besar, lantaran itu, wahai Salman, aku sentiasa takut kepadanya sehingga hari ini. Salman al-Farisi menjadi hairan lalu berkata: Dengan keajaiban seperti ini kita telah mengenali Ali. Kemudian Umar berkata: Wahai Salman, sekiranya dua mataku tidak melihatnya, maka aku tidak mempercayainya, tetapi aku telah melihatnya sendiri. Umar berkata lagi: Aku berharap agar anda menolak Ali bin Abu Talib dan anda memilih persahabatan dengan kami (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 88).
68. "Tiinah taghut, Naasibi dan kafir" Imam al-Baqir a.s berkata: Allah telah menciptakan tanah, maka ia menjadi buruk lagi busuk (khabiithah wa muntinah), kemudian dipancarkan air ke atasnya, lalu dibentangkan ke atasnya wilayah Ahlu l-Bait, tetapi ia tidak menerimanya. Kemudian dimasukkan air ke atasnya selama tujuh tahun. Kemudian dikeluarkan air daripadanya. Kemudian diambil tanah itu dan dicampurkan dengan tanah kamu, lalu diciptakan tawaaghit dan pemimpin-pemimpin kafir. Beliau a.s berkata kepada Ibrahim: Jika tanah kamu ditinggalkan dan tidak dicampurkan dengan tanah mereka, nescaya mereka tidak mengucap dua kalimah syahadat atau melakukan sembahyang atau berpuasa atau mengeluarkan zakat atau mengerjakan haji atau melaksanakan amanah dan mereka tidak pula menyerupai bentuk kamu. Tidak ada perkara yang lebih besar ke atas mukmin dari melihat bentuk musuhnya seperti bentuknya. Ibrahim berkata: Wahai maulaaya, apakah Allah telah melakukan dengan tiinah? Imam al-Baqir a.s berkata: Dia telah mencampurkan kedua-duanya dengan air yang pertamanya bersih dan air keduanya masin, lalu menggaulkan kedua-duanya. Kemudian Dia mengambil daripada kedua-duanya satu genggam dan berfirman: Mereka akan ke syurga dan Aku tidak peduli. Kemudian Dia mengambil satu genggam yang lain dan berfirman: Mereka akan ke neraka dan Aku tidak peduli. Kemudian Dia mencampurkan daripada kudua-duanya pula dan meletakkan salinan mukmin (naskh al-Mu'min) dan tiinahnya di atas salinan kafir dan tiinahnya. Lantaran itu, apa yang dilakukan oleh seorang Syiah kami sama ada zina, liwat, khianat, meninggalkan sembahyang, puasa, haji atau jihad, maka ia adalah daripada salinan kafir. Dan apa yang dilakukan oleh oleh Naasibi terhadap kami daripada musuh-musuh kami sama ada sembahyang, puasa, haji, jihad dan amalan-amalan kebajikan adalah daripada salinan mukmin dan tiinahnya, kerana salinan mukmin adalah sembahyang, puasa, haji, jihad dan amalan-amalan kebajikan. Sementara salinan Naasibi terhadap Ahlu l-Bait dan para Imam adalah zina, liwat, minuman arak, melakukan dosa dan segala kekejian. Apabila dibentangkan amalan-amalan ini kepada Allah, Dia berfirman: Al-Naatiq (yang bercakap) mengetahuinya dan qadha'nya yang terdahulu, lalu berfirman: Aku Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dan Aku Adil, Aku tidak zalim. Aku tidak menzalimi hak-hak dan amalan-amalan, maka ia dikaitkan kepada bahannya yang asal, kerana ia adalah daripadanya. Dan dikaitkan amalan yang baik kepada salinan mukmin dan tiinahnya yang bersih, kerana ia daripadanya. Kemudian al-Baqir membaca Surah Yusuf (12): 79 "Berkata Yusuf: "Aku mohon perlindungan kepada Allah daripada menahan seorang, kecuali orang yang kami ketemukan harta benda kami padanya, jika kami berbuat demikian, maka benar-benarlah kami orang-orang yang zalim" Wahai Ibrahim, inilah, demi Tuhan, tafsirnya pada batin ilmu kami. Kemudian al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, beritahuku tentang matahari apabila cahayanya naik dilihat di seluruh negeri, ia terang daripada bulatannya atau ia tersembunyi daripadanya? Aku berkata: Wahai maulaaya, adapun ketika naiknya, maka ia terang, adapaun ketika jatuhnya, maka ia bersambung dengannya. Al-Baqir a.s berkata: Tidakkah apabila matahari jatuh, cahayanya bersambung dengan bulatannya? Ibrahim berkata: Ya, cahayanya kembali kepadanya. Al-Baqir a.s berkata: Begitulah setiap sesuatu kembali kepada jenisnya, salinannya dan asalnya. Apabila tiba hari Kiamat, amalan-amalan dibentangkan kepada Allah, maka Dia mencabut salinan Naasibi dan tiinahnya yang bercampur dengan tiinah mukmin dan mencabut daripada mukmin dosa-dosa dan bebanannya, lalu Dia memulangkannya kepada Naasibi kerana keburukan tiinahnya telah bercampur dengan tiinah mukmin. Dia akan memberi Naasibi segala dosa dan bebenan jika dosa dan bebenan itu daripada salinan Naasibi, bahannya dan unsurnya. Allah akan mencabut tiinah mukmin daripada Naasibi berserta sembahyangnya dan kebaikannya, lalu Dia memberinya kepada mukmin apabila amalannya daripada salinan mukmin, bahannya dan unsurya. Kamu fikir, wahai Ibrahim, di sini aku tidak memberitahu kepada anda secara zalim, permusuhan, kezaliman dan pembohongan. Ibrahim berkata: Aku pohon perlindungan daripada Allah, sesungguhnya Allah dengan hamba-hamba-Nya, amalan mereka, ilmu mereka, salinan mereka, bahan mereka, dan sesungguhnya ini, wahai maulaaya, adalah hukum pemutus pada hari Pembalasan. Maka al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, sesungguhnya hukum daripada-Nya adalah hukum pemutus dan hukuman yang adil. Demi Yang telah Membelah biji-bijian dan Melepaskan jiwa, aku tidak memberitahu kepada anda melainkan dengan kebenaran, aku tidak menceritakan kepada anda melainkan dengan ketelusan dan tidak dipersoalkan apa yang Dia buat sedangkan mereka dipersoalkan. Tuhan kamu tidak menzalimi seorangpun dan Tuhan tidak menzalimi hamba-hamba-Nya. Ibrahim berkata: Wahai maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah percaya dengan rahsia kamu, zahir kamu dan batin kamu, kemudian rahsia kamu yang tersembunyi, pada zahir anda dan batin anda, kemudian rahsia anda yang tersembunyi, demi Allah, wahai maulaaya, sesungguhnya aku hairan tentang apa yang telah sampai kepadaku daripada seorang di kalangan kamu, wahai maulaaya, al-Baqir a.s berkata: Apakah yang menghairankan anda? Ibrahim berkata: wahai anak lelaki Rasulullah, aku hairan dengan Allah, hikmat-Nya, ilmu-Nya bahawa Dia mengambil kebaikan semua Naasibi; musuh-musuh kamu, maka Dia memulangkannya kepada Syiah kamu. Dan Dia mengambil segala kejahatan Syiah kamu dan memulangkannya kepada musuh-musuh kamu. Al-Baqir a.s berkata: Ya, Demi Tuhan Yang telah Membelah biji-bijin dan Melepaskan jiwa, Dia telah menciptakan syurga dan menciptakan langit dan bumi, wahai Ibrahim, sesungguhnya aku tidak memberitahu kepada anda melainkan ianya terdapat di dalam al-Qur'an semuanya. Ibrahim berkata: Maulaaya, ini betul-betul di dalam al-Qur'an. Al-Baqir a.s berkata: Allah telah menjadikan kami di kalangan hamba-hamba-Nya, Amin. Ya, wahai Ibrahim, ini betul-betul ada di dalam al-Qur'an, anda suka aku membacanya kepada anda? Ibrahim berkata: Ya, demi Allah, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, kemudian beliau a.s membaca Surah al- 'Ankabut (29): 12 "Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang yang beriman: "ikutilah jalan kami dan nanti kami akan memikul dosa-dosamu" dan mereka (sendiri) sedikitpun tidak (sanggup) memikul dosa-dosa mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar orang pendusta" Mereka akan memikul dosa-dosa mereka di samping dosa-dosa orang lain dan Dia akan bertanya mereka pada hari Kiamat tentang apa yang mereka lakukan. Iaitu, wahai Ibrahim, mereka memikul dosa-dosa mereka berserta dosa-dosa mukminin, kerana dosa-dosa itu daripada salinan mereka, tabiat mereka, jenis mereka dan bahan mereka. Ibrahim berkata: Tambah lagi untukku, wahai maulaaya. Al-Baqir a.s berkata: Allah berfirman di dalam Surah al-Nahl (16): 25 "Mereka memikul dosa-dosa dengan sepenuhnya pada hari Kiamt dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu" Iaitu orang-orang yang menzalimi mereka tanpa ilmu. Wahai Ibrahim, anda tahu apa yang Dia telah berfirman kepada pencinta-pencinta kita dan Syiah kita? Ibrahim berkata: Tidak, wahai maulaaya. Al-Baqir a.s berkata: Merekalah orang-orang yang telah beriman" Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Dan Adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" Surah al-Furqaan (25):70. Sesungguhnya Allah menggantikan kejahatan Syiah kita dengan kebaikan pada hari Kiamat. Sesungguhnya aku bersumpah dengan Ibrahim, wajah Allah, kemulian Allah bahawa sesungguhnya ini adalah daripada keadilan-Nya pada makhluk-Nya, tanpa menolak qadha'-Nya dan mengubah hikmat-Nya (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 146-8)
69. Daripada Yahya bin 'Imraan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah Ja'far bin Muhammad: Wahai maulaaya, di manakah ghaibnya Sahib al-Amr (al-Qaim/Imam al-Mahdi)? Al-Sadiq a.s berkata: Di sebalik kawasan kamu ini? Aku berkata: Maulaaya, tidak ada sesuatupun di sekeliling kawasan kita ini. Kemudian al-Sadiq a.s tersenyum sambil berkata: Aku akan menceritakan perkara itu kepada anda dan aku tidak menegah anda daripadanya jika Allah kehendaki. Maka di sebalik kawasan anda ini terdapat bandar-bandar yang bermacam-macam di mana setiap bandar mempunyai dua belas ribu pintu dan di atas setiap pintu pada malam dan siang dua belas ribu lelaki yang menjaganya sehingga hari Kiamat. Aku berkata: Wahai maulaaya, berapakah bilangan bandar-bandar itu? Al-Sadiq a.s berkata: Tiga puluh sembilan kubah selain daripada kubah Adam. Aku berkata: Wahai maulaaya, mereka daripada anak-anak Adam (aulaad Adam)? Al-Sadiq a.s berkata: Mereka tidakpun mengetahui bahawa Allah telah menciptakan Adam. Aku berkata: Adakah mereka didahului oleh Iblis, wahai maulaaya, dengan bala tenteranya? Al-Sadiq a.s berkata: Mereka tidak mengetahui bahawa Allah telah menciptakan Iblis. Aku berkata: Wahai maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana al-Qaim mendatangi mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Al-Qaim datang dari dunia menurut kehendaknya atau menurut kehendak Allah untuk dia berada di kalangan mereka. Aku berkata: Wahai maulaaya, ghaibnya di mana dan pada bandar manakah dia diami? Al-Sadiq a.s berkata: Dia tinggal di mana saja Allah kehendaki. Aku berkata: Wahai maulaaya, adakah seorang di kalangan kamu akan datang kepada mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Ya, kamilah hujah-hujah Allah pada mereka dan ke atas mereka dan mereka pula memberikan khumus mereka kepada kami, mereka tidak menderhakai Allah sekalipun sekelip mata. Aku berkata: Wahai maulaaya, waktu manakah perjalanan kamu kepada mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Apabila kami berada di sini, maka kami berada di sana dan apabila kami berada di sana, maka kami berada di sini. Aku berkata: Wahai maulaaya, tanpa perpindahan dan tanpa musafir? Lantas al-Sadiq a.s tersenyum sambil berkata: Cinta anda kepada kami tidak membuat anda berkata pada kami menyalahi kebenaran, kami adalah hamba-hamba Allah yang dihormati, janganlah anda mendahuluiNya dengan perkataan sedangkan kami dengan perintah-Nyalah kami melakukan sesuatu dan kami takut kepadaNya tentang perkara-perkara yang ghaib. Subhana llah, Dia tidak memberikan kebaikan kepada kami kecuali dengan kepujian-Nya, kesyukuran-Nya. Kami mematuhiNya, penyimpan ilmu-Nya, tempat rahsia-Nya, tempat simpan ilmu-Nya, pewaris-pewaris para nabi-Nya dan para rasul-Nya dan kamilah hujah-hujah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya daripada makhluk-Nya. Dia telah memilih kami sedangkan kami tidak mampu ke atas diri kami sendiri untuk melakukan sebarang kemudaratan dan sebarang manfaat melainkan apa yang dikendaki Allah. Sesungguhnya apa yang aku telah menceritakan kepada anda itu adalah dengan kuasa Tuhan kami (bi-qudrati rabbi-na). Aku berkata: Wahai maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, dari manakah al-Qaim kamu akan keluar? Al-Sadiq a.s berkata: Dari Baitullah al Haram dan Jibrail adalah yang pertama memberi baiah kepadanya dengan tujuh puluh ribu malaikat bersamanya. Tidak ada malaikat di langit melainkan dia turun dan memberi baiah kepadanya (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm.131).
70. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mu'minin, hlm. 164-166.
71. Al-Tatnajaini adalah antara alam dunia dan alam akhirat atau antara timur dan barat.
72. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257, hadis no. 301 "kubah Adam". Daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada 'Ajalan Abu Salih berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka dia berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, inikah kubah Adam a.s? Beliau a.s berkata: Ya, bagi Allah kubah-kubah yang banyak. Sesungguhnya di sebalik maghrib (barat) kamu ini terdapat tiga puluh sembilan maghrib, bumi putih dipenuhi makhluk yang mana mereka mengambil daripada cahayanya. Mereka tidak pernah menderhakai Allah sekalipun sekelip mata, mereka tidak mengetahui sama ada Adam telah diciptakan ataupun tidak, tetapi mereka melepaskan diri mereka (yubri'uun) daripada polan (Abu Bakr) dan polan (Umar).
73. Hadis al-Hafti adalah hadis tentang tujuh Bani Adam (al-sab'ah Adamiyyiin). Menurut Imam Ja'far al-Sadiq a.s bahawa tujuh Adamiyyiin (umat manusia /Bani Adam) dan tujuh pusingan masa (adwaar) telah berlalu dan Kiamat telah berlaku kepada mereka dan kita adalah Adam kelapan. Mereka telah dihisab dan dimasukkan ke syurga dan neraka serta menerima nikmat atau azab sejajar dengan amalan mereka. Kemudian Allah mengeluarkan mereka ke tempat yang lain, kemudian bertukar bentuk mereka kepada apa yang dikehendaki Allah. Allah menjadikan ahli syurga malaikat ruhani. Dan Dia menjadikan ahli neraka al-Qasysyasy; termasuk binatang-binatang seperti pepijat, semut, babi, ikan tanpa sisik seperti belut, sotong dan lain-lain. Di dalam pengertian umum, al-Qasysyaas terbahagi kepada tujuh jenis: Burung, ikan, binatang berkaki empat yang haram dimakan (bahiimah), binatang buas (al-Sibaa'), binatang yang merayap (hawaam), batu dan tumbuh-tumbuhan. Tujuh puluh jenis ikan dan binatang bahaaim daratan dan ternakan dan tujuh puluh jenis binatang buas daratan dan ternakan sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-An'aam (6): 38 "Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu". Sementara para imam Ahlu l-Bait adalah para rasul-Nya kepada makhluk-Nya. Di dalam al-Qur'an terdapat tujuh ayat [untuk tujuh Adam] yang berlainan yang membicarakan tentang Musa dan Fir'aun. Setiap Adam ada Musa dan Fir'aunnya sehingga berlalunya tujuh Adam [dan seterusnya], maka Allah melakukan kepada mereka apa yang Dia kehendaki dan yang kelapan mereka adalah Adam kita. Daripada Ali bin Yusuf daripada Ibrahim bin Hisyam daripada Ismail bin 'Abd al-Aziz berkata: Aku berkata kepada Imam Ja'far al-Sadiq a.s: Maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Adam telah ada sebelum Adam bapa kita? Beliau a.s berkata: Ya, Adam sebelum Adam, beliau a.s menyebut sehingga dua puluh satu Adam sehingga setiap Adam tentang umurnya dan umur anak lelakinya. Muhammad bin Ismail berkata: Setiap Adam, wahai maulaaya, telah mengikut pusingan Muhammad, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain, Abu Bakr, Umar, Uthman dan kamu para Imam sendiri dan datuk kamu Muhammad sendiri dan Ahlu l-Bait sendiri, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, atau hanya nama-nama yang menyamai nama-nama kamu? Imam Ja'far al-Sadiq a.s berkata: Kami sendiri (nahnu bi-a'yuni-na), datuk kami Muhammad sendiri, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain sendiri, Abu Bakr, Umar, Uthman sendiri dan pengikut-pengikut mereka. Kemudian beliau a.s berpaling dan berkata: Wahai lelaki, sesungguhnya di kalangan kami rasul-rasul selama Allah ada "hajat" pada makhluk-Nya. Apabila Allah mulai membinasakan mereka, Dia mengangkat kami kepada-Nya. Jika Dia mulai menciptakan makhluk yang lain, kami Ahlu l-Bait dan para imam adalah rasul-rasul-Nya kepada mereka (Kitab al-Haft wa al-Aziilah, hlm. 116,118, 126-7).
74. Imam Ali a.s berkata: Jika aku memberitahu kepada kamu apa yang aku telah mendengarnya daripada lisan Abu al-Qasim s.a.w, nescaya kamu akan keluar dari sisiku dan berkata: Sesungguhnya Ali adalah pendusta yang paling besar". Ini bererti Nabi s.a.w lebih banyak mengetahui perkara-perkara yang ghaib daripada Imam Ali a.s. dan beliau s.a.w telah memberitahunya kepada Imam Ali a.s. Dan beliau a.s merahsiakannya daripada sebahagian mereka.
75. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 327-8, hadis no.454 "Tentang sebab Ali a.s merahsiakan urusannya dan kemurtadan orang ramai". Diriwayatkan daripada Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada beberapa orang sahabat, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Fudhail, daripada Zararah, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya orang ramai manakala mereka melakukan apa yang mereka telah melakukannya (lammaa sana'uu maa sana'uu) iaitu ketika mereka memberi baiah kepada Abu Bakr, Amir al-Mukminin a.s tidak menghalang dari menyeru untuk dirinya selain dari melihat kepada orang ramai dan khuatir mereka akan murtad daripada Islam, lalu mereka menyembah berhala dan tidak mengucap tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah (s.a.w). Beliau a.s lebih suka mengakui apa yang mereka telah melakukannya daripada mereka menjadi murtad daripada Islam seluruhnya (wa kaana al-ahabbu ilai-hi an yaqirra-hum 'alaa maa sana'uu min an yartadduu 'an jamii 'al-Islam). Sesungguhnya binasalah golongan yang telah melakukannya. Adapun orang yang yang tidak melakukannya, tetapi mengikut orang ramai tanpa ilmu dan tanpa permusuhan kepada Amir al-Mukminin a.s, maka ia tidak mengkafirkannya dan tidak mengeluarkannya daripada Islam. Justeru Ali a.s telah merahsiakan urusannya dan memberi baiah secara terpaksa disebabkan beliau a.s tidak mendapati penolong-penolong (lam yajid a'waanan).

76. "Penciptaan dunia, syurga dan neraka" Yahya bin Imraan meriwayatkan daripada Imam Ja'far al-Sadiq a.s bahawa dia berkata: Wahai maulaaya, aku ada beberapa soalan yang aku segan untuk bertanya anda kerana kehibatan dan kemulian anda, beliau a.s berkata: Allah memberi rahmat kepada anda, Allah telah memerintahkan kami supaya menjelaskan kepada kamu setiap kali kamu berhajat kepadanya, maka bertanyalah apa yang terlintas di hati anda. Dia berkata: Maulaaya, semenjak bilakah Allah telah menciptakan dunia dari mulanya sehingga ia berakhir? Beliau a.s berkata: Lima puluh ribu daur (pusingan masa) dan setiap daur adalah empat ratus ribu kur (hitungan masa). Setiap kur adalah empat ratus ribu tahun. Dia berkata: Wahai maulaaya, Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, perkara ini akan berakhir? Beliau a.s berkata: Ilmunya di sisi Allah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Luqman (31): 34 "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat". Beliau a.s berkata: Mereka melihatnya jauh, tetapi kami melihatnya dekat. Dia berkata: Wahai maulaaya, di manakan syurga? Beliau a.s berkata: Di sini (ha-huna), aku berkata: Maulaaya, di dunia, beliau a.s berkata: Ya, aku berkata kepadanya: Di manakah neraka? Beliau a.s berkata: Mengikut kehendak Allah sebagaimana Dia berfirman di dalam Surah Maryam (19):71 "Dan tidak ada seorangpun daripada kamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan" Aku berkata: Syurga di bumi? Beliau a.s berkata: Ya, maka aku menjadi syak, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Zumar (39): 74 "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat di dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itu adalah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal" Aku berkata: Wahai maulaaya, syurga dan neraka akan berakhir? Beliau a.s berkata: Ya, kerana Allah berfirman tentang syurga dan neraka di dalam Surah Hud (11): 107-108 "mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu mengehendaki (yang lain). Aku berkata: Apakah akan terjadi pada ahli syurga dan ahli neraka? Beliau a.s berkata: Ahli neraka akan menjadi qasyaasy, aku berkata: Maulaaya, apakah itu qasyaasy? Beliau a.s berkata: Pepijat, lalat, semut dan seumpamanya. Aku berkata: Wahai maulaaya, mereka berpindah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain? Beliau a.s berkata: Ya, mereka berpindah daripada satu kejadian kepada kejadian yang lain, maka ini adalah azab yang besar. Aku berkata: Wahai maulaaya, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, apakah akan terjadi kepada ahli syurga? Beliau a.s berkata: Malaikat, aku berkata: Malaikat yang sebenar? Beliau a.s berkata: Manusia ruhani. Aku berkata: Mereka tidak berpindah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain? Beliau a.s berkata: Tidak, aku berkata: Wahai maulaaya, apakah akan terjadi kepada wanita-wanita dan bidadari-bidadari dan di manakan tempat tinggalnya ahli syurga? Beliau a.s berkata: Allah akan kurniakan setiap mukmin satu syurga yang sesuai untuknya dan akan memberikan kepadanya istana-istana di syurga. Sementara wanita-wanita dan bidadari-bidadari akan kembali kepada pasangan mereka. Aku berkata: wahai maulaaya, di manakah Dia akan mengambil syurga-syurga untuk mereka di dunia dan di manakah tempatnya? Beliau a.s berkata: Antara tiang-tiang 'Arasy. Aku berkata: Wahai maulaaya, di manakah tiang-tiang 'Arasy itu? Beliau a.s berkata: Kursi panjangnya seratus ribu tiang, jarak perjalanan antara tiang kepada tiang yang lain adalah seratus ribu tahun. Begitu juga lebarnya, setiap Mauqif tujuh puluh ribu pelawat dan setiap kali mereka melawatinya dan kembali kepada tempat tinggal mereka, maka mereka bertambah kepada tujuh puluh kali ganda seumpamanya. Aku berkata: Wahai maulaaya, inilah kelebihan yang yang besar dan mulia (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 132).
77. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 236 "Mukjizat Imam Ali a.s".

Back Next