Muhammad bin Ali telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ali bin
Ibrahim bin Hasyim daripada bapanya daripada Ibn Abu Umair daripada Abban Ahmar
berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Wahai Abban, bagaimana orang ramai mengingkari
kata-kata Amir al-Mukminin a.s manakala beliau berkata: Jika aku mahu, nescaya
aku mengangkat kaki aku ini bagi memukul dada Mu'awiyah bin Abu Sufyan di Syam,
justeru aku membalikkannya dari katilnya" tetapi mereka tidak mengingkari
pengambilan Asif; wasi Sulaiman, akan singgahsana Balqis dan membawanya kepada
Sulaiman sebelum berkelip matanya, tidakkah Nabi kita sebaik-baik para nabi dan
wasi kita sebaik-baik wasi? Kenapakah mereka tidak menjadikannya (Ali a.s)
seperti wasi Sulaiman? Allah telah menghukum di antara kita dan mereka yang
mengingkari hak kami, dan mengingkari kelebihan kami. Ahmad bin Abdullah
daripada Abdullah bin Muhammad al-'Abasi berkata: Ahmad bin Salmah telah
memberitahu aku daripada al-A'masy daripada Ziad bin Wahab daripada Abdullah
bin Mas'ud berkata: Aku telah mendatangi Fatimah a.s, maka aku berkata
kepadanya: Di manakah suami anda? Beliau berkata: Jibrail a.s telah naik ke
langit bersama-samanya. Aku berkata: Kenapa? Beliau berkata: Beberapa malaikat
telah berselisih faham tentang sesuatu, maka mereka telah bertanya hukum
daripada manusia, maka Allah telah mewahyukan kepada mereka supaya membuat
pilihan. Lantas mereka memilih Ali bin Abu Talib a.s.
78. Mu'awiyah bin Abu Sufyan.
79. Ilmu tentang masa depan yang baik.
80. Ilmu tentang malapetaka yang akan berlaku.
80. Mu'awiyah bin Abu Sufyan.
80. Ilmu tentang masa depan yang baik.
81. Ilmu tentang turunnya bencana.
82. Khususnya mereka yang menentang Ahlu l-Bait a.s.
83. "Munajat" Imam Ali a.s. telah bermunajat dengan Tuhan pada hari
Taif, hari 'Aqabah Tabuk dan hari Khaibar. Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada 'Umar bin Abban
al-Kalbi, daripada Adim bin al-Hurr, daripada Hamraan bin A'yan berkata: Aku
berkata kepada Abu Abdullah a.s: Berita telah sampai kepadaku bahawa
sesungguhnya Tuhan tabaraka wa ta'ala telah bermunajat dengan Ali a.s (naja
'aliyyan), Maka beliau berkata: Ya, munajat telah berlaku di Taif di mana
Jibrail telah turun di antara kedua (Kanat baina-huma munajat bi al-Taif nazala
baina-huma Jibrail). Ibrahim bin Hasyim, daripada Yahya bin Abu Imran, daripada
Yunus, daripada Hammad bin Uthman, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku
telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sessungguhnya Salamah bin Kuhail
meriwayatkan tentang Ali perkara yang banyak, beliau berkata: Apakah ia? Aku
berkata: Beliau telah memberitahu kepada aku bahawa Rasulullah s.a.w telah
mengepung ahli Taif, dan sesungguhnya beliau telah bersendirian dengan Ali pada
satu hari, maka seorang lelaki daripada para sahabatnya berkata: Aneh, apa yang
berlaku kepada kami mengenainya, beliau s.a.w bermunajat dengan kanak-kanak ini
semenjak hari ini (yunaji hadha al-Ghulama mundh al-Yaum), maka Rasulullah
s.a.w bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, sesungguhnya beliau sedang
bermunajat dengan Tuhannya (ma ana bi- munaji-hi inna-ma yunaji rabba-hu). Maka
Abu Abdullah a.s berkata: Ya, sesungguhnya ini adalah perkara-perkara (asyya')
diketahui sebahagiannya akan sebahagian yang lain (al-Majlisi, Bihaar
al-Anwaar, ix, hlm. 380). Ali bin Muhammad bin Ali bin Sa'd, daripada Hamdan
bin Sulaiman al-Nisyaburi berkata: Abdullah ibn Muhammad al-Yamani telah
memberitahu aku, daripada Muni', daripada Yunus, daripada Ali bin A'yan,
daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Rafi' berkata: Manakala
Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s pada hari Khaibar, maka beliau telah
meludah pada kedua-dua matanya (fa-tafala fi 'ainai-hi) seraya bersabda:
Apabila anda membukanya, maka berdirilah di kalangan orang ramai, kerana Allah
telah memerintahkan aku sedemikian, Abu Rafi' berkata: Maka Ali pun telah pergi
dan aku bersamanya. Manakala beliau sampai di waktu pagi di Khaibar, maka
beliau telah membukanya (iftata-ha) dan berdiri di kalangan orang ramai, lalu
beliau telah memanjangkan wuquf di sana. Maka orang ramai berkata: Sesungguhnya
Ali sedang bermunajat dengan Tuhannya (inna 'aliyyan yunaji rabba-hu). Manakala
beliau tinggal selama satu jam, lalu diperintahkan supaya merampas bandar yang
beliau telah membukanya. Maka aku telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Aku
berkata: Wahai Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Ali telah berdiri di kalangan
orang ramai sebagaimana anda telah perintahkannya. Aku telah mendengar
sebahagian daripada mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah bermunajat
dengannya (inna Allah naja-hu), maka beliau bersabda: Sesungguhnya Allah telah
bermunajat dengannya pada hari Taif, hari 'Aqabah Tabuk, dan hari
Khaibar(Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, 366-7).
84. Imam Ali a.s berkata: Akulah Adam yang pertama dan akulah pintu sujud. Imam
Ja'far al-Sadiq a.s berkata: Mereka yang tidak mengakui wilayah Ahlu l-Bait a.s
sepertilah Iblis yang enggan sujud kepada Adam.
85. Nama-nama tokoh di abad-abad yang silam.
86. "Mukjizat" 'Umru bin Ali bin 'Umar bin Yazid daripada Ali bin
Mitham al-Tammar, daripada mereka yang telah memberitahunya daripada Amir
al-Mukminin a.s bahawa beliau bersama-sama para sahabatnya di Masjid Kufah,
maka seorang lelaki telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan
ibu aku, sesungguhnya aku hairan dengan dunia ini di tangan mereka itu, dan
tidak di tangan anda? Beliau berkata: Wahai polan, anda fikir kami mahu dunia,
tetapi kami tidak diberikannya? Kemudian beliau memegang segenggam anak batu,
maka tiba-tiba ia bertukar menjadi permata, lalu beliau berkata: Apakah ini?
Aku berkata: Ini adalah permata yang bermutu. Beliau berkata: Jika kami
menghendakinya, nescaya kami dapat, tetapi kami tidak menghendakinya. Kemudian
beliau melontarnya, maka ia kembali menjadi anak batu (al-Majlisi, Bihaar
al-Anwaar, ix, hlm. 570).
87. Menurut asabiah Bani Umayyah atau Bani 'Adi.
88. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 257, hadis no.303.
"Melepaskan diri daripada kata-kata Abu al-Khattab kepada Abu Abdullah
A.S: Wahai Ja'far labbaika". Daripada Salih, daripada Muhammad bin
Auramah, daripada Ibn Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku dan
al-Qasim adalah rakan kongsi, Najm bin Hatim dan Salih bin Sahl di Madinah,
lalu kami berdialog mengenai ketuhanan (al-Rabubiyyah). Sebahagian kami berkata
kepada sebahagian yang lain: Apakah yang kamu lakukan dengan ini, kami adalah
hampir kepadanya, tiada di kalangan kami taqiyyah, marilah kita pergi
kepadanya. Demi Allah, kami belum sampai di pintu, beliau a.s telah keluar
kepada kami tanpa kasut dan kain di atas bahunya. Setiap rambut di kepalanya
berdiri sambil berkata: Tidak, tidak, wahai Mufadhdhal, wahai Qasim, wahai
Najm, tidak, tidak, "Maha Suci Allah, malah mereka adalah hamba-hamba yang
dimuliakan. Mereka itu tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah-perintahNya" Surah al-Anbiyaa' (21): 26-7.
89. Adapun hadis al-Qudsi tentang wilayah Ali a.s adalah: Wilaayatu 'Ali husnii
fa-man dakhala husnii amina min 'adhaabii. Ertinya: Wilayah Ali adalah
benteng-Ku, maka sesiapa yang memasuki benteng-Ku, dia aman daripada
azab-Ku". Ia dibaca ketika kesusahan.
90. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis no. 167.
91. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi' al-Mawaadah, hlm. 251.
92. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm.366.
93. Imam Ali a.s juga berkata: Akulah Nuh pertama. Dan terdapat Nuh yang ramai
di daur (pusingan masa) yang lain pula.
94. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 360-61 "Alam malakut" Daripada
Muhammad bin al-Muthanna, daripada bapanya, daripada 'Uthman bin Zaid, daripada
Jabir bin Zaid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya
tentang firman-Nya di dalam Surah al-An'am (6): 75 "Dan demikainlah kami
perlihatkan kepada Ibrahim keagungan langit dan bumi (malakutta al-Samawati
wa-al-Ardh) agar Ibrahim termasuk mereka yang yakin". Beliau berkata: Aku
telah menundukkan kepalaku ke tanah, lalu beliau mengangkat tangannya ke atas,
kemudian berkata: Angkatkan kepala anda, maka aku mengangkat kepala aku dan aku
melihat kepada atap telah tembus sehingga mata aku dapat melihat Kepada cahaya
yang terang, lantas mata aku menjadi tercengang tanpanya, kemudian beliau
berkata kepada aku: Ibrahim telah melihat keagungan langit dan bumi di dalam
keadaan ini. Kemudian beliau berkata kepada aku: Tunduk, maka aku pun tunduk,
kemudian beliau berkata: Angkatkan kepala anda, lantas aku mengangkatkan kepala
aku, maka aku mendapati atap masih di dalam keadaan yang terdahulu, kemudian
beliau telah mengambil tangan aku, dan berdiri, lalu mengeluarkan aku dari
rumah yang aku berada di dalamnya dan memasukkan aku ke rumah yang lain, lalu
beliau menukarkan pakaian yang dipakainya dan memakai pakaian lain, kemudian
beliau berkata kepadaku: Pejamkan mata anda, maka aku pun memejamkan mataku.
Beliau berkata: Janganlah anda membuka mata anda (la taftah 'ainai-ka), maka
aku tunggu beberapa ketika, kemudian beliau berkata kepada aku: Anda mengetahui
di manakah anda sekarang? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Anda di dalam kegelapan
yang telah dilalui oleh Dhu al-Qar'nain (anta fi al-Zulmati al-Lati salaka-ha
Dhu al-Qur'nain), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku
tebusan anda, adakah anda membenarkan aku membuka mata aku, maka aku dapat
melihat anda? Beliau berkata kepada aku: Bukalah, sesungguhnya anda tidak akan
melihat sesuatu, maka aku pun membuka mataku, tiba-tiba aku mendapati diri aku
di dalam kegelapan, aku tidak dapat melihat tempat tapak kakiku berpijak.
Kemudian beliau berjalan sedikit, lalu berdiri, maka beliau berkata: Adakah
anda mengetahui di manakah anda sekarang? Maka aku berkata: Aku tidak
mengetahui, maka beliau berkata: Anda sedang berdiri di atas 'Ain al-Hayat
(mata kehidupan) yang diminum oleh Khidir a.s, kami berjalan, maka kami pun keluar
daripada alam itu kepada alam lain, lalu kami berjalan padanya. Maka kami telah
melihatnya seperti keadaan alam kita ini dari segi binaannya, rumah-rumahnya,
dan penghuni-penghuninya, kemudian kami keluar kepada alam ketiga, maka ia
adalah seperti keadaan alam pertama, dan kedua sehingga kami sampai kepada lima
alam (khamsati 'awalim), beliau berkata: Kemudian beliau berkata kepada aku:
Ini adalah malakut al-Ardh yang tidak dilihat oleh Ibrahim a.s. Sesungguhnya
beliau telah melihat malakut al-Samawat iaitu dua belas alam dan setiap alam
adalah seperti keadaan yang anda telah melihatnya dan setiap kali berlalunya
seorang imam (kullama madha minna imammun), maka beliau tinggal di salah satu
alam-alam ini sehingga yang akhir mereka adalah al-Qaim pada alam kita di mana
kita menjadi penghuninya. Kemudian beliau berkata kepada aku: Pejamkan mata
anda, kemudian beliau mengambil tangan aku, maka tiba-tiba kami berada di rumah
yang kami telah keluar darinya. Lalu beliau telah mencabutkan pakaian yang
sedang dipakainya dan memakai pakaian sebelumnya dan kami kembali kepada
majlisnya, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan
anda, berapa lama waktu telah berlalu? Maka beliau berkata: Tiga jam.
95. Imam Ali a.s berkata: Akulah seorang hamba dan seorang makhluk.
96. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis no. 167.
97. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 371 " penyerahan kuasa" Abu
Abdullah a.s berkata: Apa yang Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w,
maka Dia telah memberi kuasa (tafwidh ) kepada kami. Wahai Ibn Asyim, Allah
berfirman di dalam Surah al-An'am (6):125 " Sesiapa yang Allah kehendaki
memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam. Dan
sesiapa yang Dikehendaki Allah kesesatannya Dia akan menjadikan dadanya sesak
lagi sempit " Adakah anda mengetahui apakah al-Haraj (sempit)? Aku
berkata: Tidak, lalu beliau telah memasukkan anak-anak jari tangannya dengan
kuat di mana sesuatu tidak akan keluar atau memasukinya. Muhammad bin al-Husain
bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan
berkata:Abu Abdullah a.s berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak
memberi kuasa (fawwadha) kepada seorang daripada makhluk-Nya melainkan kepada
Rasulullah s.a.w, kemudian kepada para imam, maka Dia berfirman di dalam Surah
al-Nisa' (4):105 "Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan
membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah
Allah wahyukan kepadamu " Iaitu berlaku kepada para wasi.
98. Perkataan al-Qut juga bererti ilmu hikmah.
99. Sulaim Bin Qais, Kitab Sulaim, hlm 36.
100. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257, hadis no. 301.
101. "Pertukaran bentuk kepada belut" Al-Asbagh bin Nubatah daripada
Zaid bin al-Syahham meriwayatkan bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi
oleh beberapa orang munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang
berkata bahawa al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia)
dan ia adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, mereka berkata: Tunjukkan kepada kami
buktinya? Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian beliau
menyeru: Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, Amir
al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku dikalangan mereka
yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s) ke atasnya, tetapi dia
enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha). Sesungguhnya mereka yang datang
bersama-sama anda akan ditukar bentuk mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar
bentuk kami (musikh-na) dan mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi.
Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda supaya mereka yang
datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, kami adalah berasal
daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami telah bertengkar dan
menderhaka. Kami telah dibentang wilayah anda, tetapi kami menolaknya dan kami
pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu melakukan kefasadan sehingga seorang
lelaki (Ali a.s) datang kepada kami dan anda lebih mengetahui dengannya daripada
kami. Maka beliau telah melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami
berhimpun di satu tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata
tempat, kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya. Kemudian
beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan berkata: Jadilah kamu bentuk
yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa Allah, lantas ditukar bentuk kami
dengan jenis yang bermacam-macam (tanpa sisik). Kemudian beliau berkata: Wahai
daratan, jadilah sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan
bumi sehingga mereka wujud di mana-mana" (al-Hafiz Rajab al-Barsi,
Masyaariq Anwaar al-Yaqii fi Asraa Amir al-Mu'minin, hlm. 77)
102. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 326-333, al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar,
xi, hlm. 67.
103. "Bumi dilipatkan untuk para imam". Ahmad bin Muhammad bin Isa,
daripada Ali bin al-Hakam, daripada Yusuf bin 'Umairah, daripada Daud bin
Furqad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki di
kalangan kami telah mengerjakan sembahyang 'atamah (satu pertiga malam) di
Madinah dan beliau telah datang kepada kaum Musa di dalam satu urusan di mana
mereka telah bertengkar mengenainya di kalangan mereka. Dan beliau kembali pada
malamnya, lalu mengerjakan sembahyang al-Ghadat (pagi) di Madinah (Inna rajulan
minna salla al-'Atamata bi al-Madinati wa ata qauma musa fi amrin fa-tasyajaru
fi-hi fi-ma baina-hum wa 'ada min lailati-hi fa-salla al-Ghadata bi al-Madinati
) (Lihat al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, vii, hlm. 270). Ali bin Ismail bin Isa
daripada Muhammad bin 'Umru bin Sa'id al-Zayyat, daripada Muhammad bin
al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Jabir bin Yazid, berkata:
Pada suatu hari aku telah duduk di sisi Abu Ja'far a.s, lalu beliau berpaling
kepadaku, dan berkata: Wahai Jabir, adakah anda mempunyai keldai untuk anda
naiki, anda dapat berjalan di antara timur dan barat di dalam satu malam? Aku
berkata: Tidak, maka beliau berkata: Aku benar-benar mengetahui seorang lelaki
di Madinah yang mempunyai keldai yang beliau naiki, lalu beliau datang ke timur
dan barat di dalam satu malam (Inni la-a'rifu rajulan bi al-Madinati la-hu
himarun yarkabu-hu fa-ya'ti al-Masyriqa wa al-Maghriba fi lailatin ). Abdullah
bin 'Amir bin Sa'id, daripada al-Rabi', daripada Ja'far bin Basyir al-'Ajali,
daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya
seorang lelaki daripada kami telah datang kepada kaum Musa di dalam suatu
perkara di kalangan mereka, lalu beliau mendamaikan di antara mereka dan
kembali (inna rajulan minna ata qauma musa fi syai'in kana baina-hum fa-aslaha
baina-hum wa raja'a). Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama'ah, dan
Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim ibn al-Harith, daripada
Abu Basir, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesunggunya para wasi dilipatkan
bumi untuk mereka dan mereka mengetahui apa yang ada di sisi para sahabat
mereka (inna al-Ausiya' la-tutwa lahum al-Ard wa ya'lamuna ma 'anda ashabi-him
). Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu',
daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair
al-Sairafi berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Wahai Abu al-Fadhl, sesungguhnya
aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah diambil
sebelum terbitnya matahari, dan sebelum tenggelamnya matahari kepada golongan
yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-A'raf (7) :159 " Dan
di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak
dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan ", kerana
pertengkaran yang berlaku di antara mereka. Lalu beliau telah mendamaikan di
kalangan mereka (fa-aslaha baina-hum), dan kembali tanpa duduk (wa raja'a wa
lam yaq'ud). Lantas beliau melalui air kamu, kemudian meminumnya (fa-marra bi-nutfi-kum
fa-syariba min-hu), dan terus melalui di pintu anda, lalu mengetuk lingkaran
pintu anda (wa marra 'ala babi-ka fa-daqqa 'alaika halqata babi-ka), kemudian
beliau kembali ke rumahnya tanpa duduk (thumma raja'a ila manzili-hi wa lam
yaq'ud) (al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, xi, hlm.68). Muhammad bin al-Husain bin
Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abdullah bin al-Qasim
al-Hadhrami, daripada 'Umar bin Abban al-Kalbi, daripda Abban bin Taghlab
berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka seorang lelaki
daripada ulama ahli Yaman telah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata
kepadanya: Wahai Yamani! Adakah pada kamu para ulama? Beliau berkata: Ya,
beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata:
Sesungguhnya beliau berjalan pada satu malam kadar perjalanan sebulan (inna-hu
yasiru fi lailatin wihidatin masirata syahrin), menahan burung terbang dan
menjejaki segala kesan. Beliau berkata kepadanya: Orang alim di Madinah lebih
alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim
Madinah ('ilmu 'alim al-Madinah)? Beliau berkata: Beliau berjalan satu pagi
kadar perjalanan setahun (inna-hu yasiru fi sabahin wahidin masirarata sanatin)
seperti matahari apabila diperintah, sesungguhnya matahari pada hari ini tidak
diperintah, tetapi apabila diperintah, ia akan melintasi dua belas maghrib
(idha umirat taqta' ithna 'asyara maghriban), dua belas masyrik, dua belas
matahari, dua belas bulan, dua belas daratan, dan dua belas alam, beliau
berkata: Apa yang ada lagi pada tangan orang Yaman itu, aku sendiri tidak
mengerti apa yang dikatakan olehnya, lalu Abu Abdullah a.s telah menahan
dirinya dari bercakap (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 350-355).
104. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 363, hadis no. 514.
105. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis. No. 167.
106. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 315.
107. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257-8, hadis no. 305
"Pertukaran bentuk kepada cicak" Daripada Salih, daripada al-Wasya',
daripada Kiram, daripada Abdullah bin Talhah berkata: Aku telah bertanya Abu
Abdullah a.s mengenai cicak (al-Wazagh), maka beliau a.s berkata: Kotor,
pertukaran bentuk telah berlaku (rijsun wa huawa maskhun). Apabila anda
membunuhnya, maka mandilah (hadas). Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya
bapaku telah duduk di dalam bilik bersamanya seorang lelaki yang sedang
bercakap kepadanya, tiba-tiba seekor cicak menjelir lidahnya, maka bapaku
berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui apa yang dikatakan oleh cicak
itu? Lelaki itu berkata: Aku tidak mengetahui apa yang dikatakan olehnya.
Beliau a.s berkata: Cicak berkata: Demi Allah, jika kamu menyebut Uthman dengan
cacian, nescaya aku akan mencaci Ali sehingga dia pergi dari sini. Bapaku berkata:
Tidak mati seorangpun daripada Bani Umayyah melainkan ditukar bentuknya kepada
cicak (laisa yamuutu min Bani Umayyati mayyitun illa musikha wazghan).
Sesungguhnya Abd al-Malik bin Marwan di saat kematiannya ditukar kepada seekor
cicak (musikha wazghan). Aku dan anaknya berada di sisinya. Manakala mereka
kehilangannya, maka ia menjadi isu yang besar kepada mereka, mereka tidak
mengetahui apa yang mereka akan melakukannya. Kemudian mereka bersetuju
mengambil batang kurma, lalu mereka membuatnya seperti bentuk seorang lelaki.
Mereka telah melakukannya. Mereka memakaikan batang kurma itu dengan baju besi.
Kemudian mereka melipatkannya pada kapannya. Tiada seorangpun yang melihatnya
melainkan aku dan anak lelakinya.
108. "Bercakap dengan ular" Diriwayatkan daripada Imam Ja'far
al-Sadiq a.s bahawa Amir al-Mukminin Ali a.s sedang memberi khutbah di atas
mimbar masjid Kufah di kelilingi oleh orang ramai, tiba-tiba seekor ular datang
di hadapan orang ramai dan mereka di dalam ketakutan. Amir al-Mukminin a.s
berkata: Berikan laluan kepadanya, lalu ia menjalar sehingga menaiki mimbar
masjid, orang ramai sedang melihat kepadanya. Kemudian ular itu mencium kaki
Amir al-Mukminin a.s dan beliau a.s mulai menggerakkan kakinya di atasnya
(ular). Lalu ular itu mengeluarkan tiga hembusan, kemudian ia turun dan pergi.
Amir al-Mukminin a.s tidak menghentikan khutbahnya. Kemudian mereka bertanyakan
kepadanya tentang perkara tersebut. Beliau a.s berkata: Ular itu adalah seorang
lelaki daripada Jin. Dia memberitahuku bahawa anak lelakinya telah dibunuh oleh
seorang lelaki daripada Ansar, namanya Jabir bin Sami' di Khaffan, Kufah
sedangkan anak lelakinya itu tidak membuat jahat kepadanya. Dia meminta bayaran
darah anak lelakinya. Lantas seorang lelaki di kalangan orang ramai datang kepadanya
sambil berkata: Akulah lelaki yang telah membunuh ular itu pada tempat
tersebut. Semenjak membunuhnya, aku tidak boleh tinggal di tempat itu lagi
kerana jeritan dan laungan, lalu aku melarikan diri ke masjid ini, aku berada
pada malam ketujuh di sini. Amir al-Mukminin a.s berkata: Ambillah unta anda
dan lakulah penyembelihan ke atasnya di tempat anda membunuh ular itu,
lakukanlah, ia tidak akan membahayakan anda. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii
Asraar Amir al-Mukminin, hlm. 76-77.